Thursday, September 16, 2010

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu.

- Bernama



opps,kita terbaCa ciTer U laa,pat-pat komen tow

6 comments:

Gen Fujita said...

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Az-Zumar, 53-54)

azhar said...

tunggu dan lihat....

iDa said...

mcm22 berlaku sekarang ni....xtahu nk ckp cmner lg...uhuhuhuhu

azhar said...

pompuan gak yg jadik mangsa...

iDa said...

rmai yg xsetuju ngn sekolah nie berbnding yg setuju.......hhuhuhuhu....

Gen Fujita said...

Pada pendapat saya, samada buat sekolah atau tak, ia cuma menggambarkan keadaan semasa yg berlaku. Bergantung kepada matlamat, jawapannya adalah berlainan.

Adakah sekolah khas dapat menyediakan salah satu ruang kepada mereka yang terlanjur utk bertaubat dan mulakan hidup baru? Sudah tentu.

Adakah sekolah khas dapat mengurangkan zina? Sudah tentu TIDAK.

Penyakit dan gejala