Tuesday, April 30, 2013

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka



Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka

Pilihan 1: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 2: Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan 3 kali seminggu.

Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 4: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkankan ia kering dan cuci dengan bersih.

Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkan selalu sehingga kulit muka anda kelihatan licin.

Pilihan 7: Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.




untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan lebih berkeyakinan berdepan dgn ramai orang,kita mestilah jaga kulit muka untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik...bukan untuk siapa pun,malah untuk diri kita sendiri jugak ye ^^




opps,kita terbaCa ciTer U laa,pat-pat komen tow

2 comments:

Razil Tahir said...

haaaa.. tak payah nak beli make up memahal... great tips!

Amssa Adiaruz said...

razil tahir:yap,mestilah....yang penting dapat jimat..tu bg petua nih..hihihihi