Tuesday, April 23, 2013

saya nak kulit saya cantik...AWAK???




Kulit Cantik & Putih – Kulit sihat dan Bersih Cegah penuaan

Siapa yang tidak Inginkan kulit yang cantik, halus dan putih bersih tanpa secalit noda menjadi perhatian mata yang memandang. Apabila ketawa atau malu, serta-merta pipinya bertukar kemerah- merahan sekalipun tidak mengenakan pemerah pipi.

Beruntunglah wanita yang memiliki kulit wajah cantik tanpa cela mahupun masalah. Tanpa perlu bersolek tebal, kejelitaan semula jadi terserlah hinggakan ramai menyangka dia lebih muda daripada usia sebenar.

Namun, tidak ramai di kalangan wanita memiliki kulit sihat dan cantik. Meneruskan gaya hidup kurang sihat dan tidak tahu cara betul dalam penjagaan kulit wajah dan tubuh menyebabkan impian memiliki kulit cantik dan melambatkan proses penuaan cuma tinggal angan-angan.

Jika wajah anda lebih muda daripada usia sebenar, ia dianggap bonus. Andai wajah bersesuaian dengan usia, ia masih boleh diterima tetapi sungguh mengecewakan apabila orang mengandaikan usia anda lebih tua disebabkan wajah yang cepat dimamah usia.

Kebanyakan wanita Asia memiliki kulit berminyak yang mudah mengundang jerawat. Kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang itu bukan saja mencacatkan wajah, malah menimbulkan parut yang lambat pudar hingga terpaksa ditutup dengan solekan tebal. (JERAWAT)

Bagi mereka yang memiliki kulit kering, masalah lain pula timbul. Walaupun tiada masalah jerawat atau tona kulit tidak sekata, kulit kering mudah kusam, berkedut atau jeragat jika tidak dijaga dengan baik.

Tetapi malangnya Berapa ramai yang tahu perkara asas dan petua petua dalam usaha memastikan kulit sihat dan cantik serta melengahkan proses penuaan

Menurutnya, kulit berminyak akibat pengeluaran sebum secara berlebihan yang menjadi punca jerawat. Jerawat masalah biasa dialami, terutama di kalangan remaja yang akhir baligh, akibat perubahan hormon tubuh.

“Kulit wajah umpama belon. Ketika usia muda, ia dipenuhi udara. Apabila usia semakin tua, kulit umpama belon yang tiada angin, kendur atau hilang ketegangan.

“Ramai wanita prihatin dengan penjagaan kulit wajah dan tubuh. Jika boleh, mereka mahu kelihatan awet muda dan berusaha melambatkan proses penuaan,” katanya.

Ini berbeza dengan golongan remaja yang kurang mengambil berat penjagaan diri, kecuali dinasihatkan ibu bapa supaya berbuat demikian.

Namun, mereka mula mengambil berat penjagaan kebersihan diri dan wajah apabila mula berkawan dengan berlainan jantina.

“Mereka mahu kelihatan menarik dan meminta pandangan ibu bapa atau doktor mengenai apa patut dilakukan untuk penjagaan diri dan wajah. Bagi menjaga kesihatan kulit tubuh dan wajah, kita perlu selalu membersihkan diri dan wajah,” katanya.

Dr Guru berkata, di negara bercuaca panas seperti Malaysia, tabiat mencuci muka perlu diamalkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak.

Penuaan intrinsik ialah kesan penuaan kulit dipengaruhi faktor dalaman fisiologi atau perubahan mengikut usia manakala penuaan ekstrinsik adalah proses kemerosotan disebabkan faktor luaran seperti radiasi, pendedahan cahaya matahari dan bahan kimia.

“Untuk mengetahui kesan penuaan intrinsik, perhatikan bawah lengan kita kerana kulit berkenaan biasanya cerah, licin dan lembut berbanding pada belakang tangan yang kering dan berkedut kerana terdedah kepada cahaya matahari.

“Petani lebih mudah mengalami kesan penuaan ekstrinsik melalui pendedahan cahaya matahari, menyebabkan kulit mereka kering dan berkedut.

“Pendedahan secara langsung kepada cahaya matahari banyak menyebabkan perubahan pada wajah, sebab itu kebanyakan petani memakai topi lebar dan baju lengan panjang.

“Di Australia, kejadian kanser kulit tinggi kerana mereka gemar berjemur di bawah sinaran matahari bagi mendapatkan kulit lebih gelap,” katanya.

Katanya, orang Asia nampak lebih muda daripada orang putih (Caucasus). Tabiat mat salih yang suka terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan kerosakan kulit.

“Tambahan pula, jumlah melanin orang Asia yang lebih banyak menjadikan kulit lebih gelap berbanding orang putih, menyebabkan kita lebih tahan cahaya matahari.

“Untuk mengekalkan kulit cantik dan meremajakan kulit dari dalam, amalkan gaya hidup sihat dengan pemakanan seimbang dan lebihkan buah-buahan. Kekalkan kecergasan tubuh dengan bersenam dan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

“Orang Asia banyak mengambil makanan mengandungi karbohidrat, makanan menggemukkan dan berminyak. Ia tidak bagus untuk kesihatan dan jika mahu kekal sihat dan nampak muda, gaya hidup dan pemakanan perlu diubah.

“Elakkan stres, bersenam setiap hari dan tidur enam hingga lapan jam sehari. Mengurangkan pengambilan makanan berlemak dapat mengurangkan masalah sakit jantung.

“Bersenam setiap hari biarpun cuma untuk waktu singkat, membantu anda mencapai impian memiliki tubuh sihat dan bertenaga. Senaman secara rutin membolehkan peredaran darah menjadi lebih lancar dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda,” katanya.

Menurutnya, pengambilan minuman beralkohol dan merokok perlu dielakkan kerana tidak baik untuk kulit, mulut dan gigi. Merokok membuatkan seseorang nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Bagi yang tidak merokok (perokok pasif), elakkan pendedahan pada asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi mempunyai risiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit berbanding mereka yang merokok.

“Indeks jisim tubuh (BMI) perlu dikekalkan pada tahap ideal. Sebilangan kita suka makan banyak walaupun sudah kenyang, terutama ketika berjamu secara bufet. Ini menyebabkan faktor berat badan berlebihan. Sebaik- baiknya kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang,” katanya.

Untuk memiliki kulit cantik, amalkan makan buah- buahan. Anda juga boleh membuat sendiri jus buah, tetapi elakkan menambah gula. Perkara ini juga perlu dilakukan jika memesan jus buah ketika makan luar.

Rawatan muka di salun boleh membuatkan kita berasa lebih selesa, malah orang yang sentiasa gembira nampak lebih muda kerana kegembiraan yang terpancar di wajah antara rahsia awet muda. Ini berlainan dengan orang yang selalu stres yang kelihatan cepat tua.

“Semua orang berdepan stres, cuma kita perlu tahu bagaimana mahu menguruskannya supaya tidak mengganggu kehidupan dan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata, kini ramai lelaki mementingkan penjagaan diri dan wajah supaya tampil lebih menarik. Pertambahan usia meningkatkan kesedaran seseorang untuk menjaga penampilan diri, ditambah dengan pendapatan yang meningkat, membolehkan ia digunakan untuk memanjakan diri iaitu dengan penjagaan kulit.

Melasma atau bintik perang pada wajah biasa dialami mereka yang berusia 30 tahun ke atas. Ia perkara lazim berlaku di kalangan wanita Asia dan susah dirawat.

Antara faktor menyebabkan melasma ialah pendedahan kepada cahaya matahari, disebabkan pertambahan jeragat, pengambilan pil perancang dan perubahan hormon.

Produk yg membantu yang mampu merawat anda semua boleh dilayari di sini ya ^^:

 saya nak kulit say cantik ^^

opps,kita terbaCa ciTer U laa,pat-pat komen tow

5 comments:

Sepul Lupes said...

tanak kulit cantik... nak org die aci tak? hahahahahhahaha :p

ammelia yusoff said...

nasib baik kulit biase2 je. alhamdulillah takde masalah sgt :) nice sharing. btw, baru follow sini.

Amssa Adiaruz said...

Sepul Lupes:amboiiii,gedik nyer cik sepul nih..ahahahahahahaah

Amssa Adiaruz said...

ammelia yusoff:iye,kita kongsi info apa yg ptt semua tahu,dh follow ida?ok jap ida follow balik yer..btw,mkch tow follow ida...syg ammelia yusoff ^^

Unknown said...

Salam perkenalan dear kalau nak tau cara selamat untuk serikan kulit wajah dari dalam secara semula jadi boleh visit blog akak ye. Thank u dear:)